Monday, August 3, 2009

NILAI

Suatu ketika, ada seorang lelaki yang sedang berada di sebuah taman kecil. Di kawasan itu terdapat beberapa kanak-kanak yang sedang bermain. Lalu lelaki tersebut menghampiri mereka dan berkata: "Siapa nak duit RM50?!!".

Semua kanak-kanak itu berhenti bermain dan lantas mengangkat tangan.

"Abang akan bagi RM50, tapi adik-adik tengok ni dulu". Lelaki itu lalu meremas-remas wang itu hingga lusuh. Diremasnya terus hingga beberapa saat. Kemudian bertanya, "Siapa yang masih lagi nak wang ni?". Kanak-kanak itu tetap bersemangat mengangkat tangan.

"Tapi , kalau abang pijak wang ni macam mana?" Lelaki itu kemudiannya memijak-mijak dan menekannya dengan keras ke tanah hingga kotor. Lalu dia mengambil kembali wang itu dan kembali bertanya: "Siapa yang masih nakkan wang ni?".

Tetap saja kanak-kanak itu menunjukkan keinginan memiliki wang tersebut. Bahkan hingga mengundang perhatian setiap orang sekeliling.

.............................................................................................................................................

Sahabat, kita belajar sesuatu yang sangat berharga dari cerita ini. Apapun yang dilakukan oleh lelaki tersebut, kanak-kanak itu tetap menginginkan wang yang ditawarkan. Ini kerana tindakan itu tidak mengurangkan nilai wang (tetap berharga RM50).

Seringkali dalam hidup ini, kita merasa lusuh, kotor, tertekan, terinjak, dan lain-lain lagi. Kita juga kerap mengeluh atas semua ujian yang diberikan olehNya. Kita seringkali merasa tak berguna, tak berharga di mata orang lain. Kita merasakan diperlekeh, tak dipedulikan oleh teman dan orang di sekeliling kita.

Namun, percayalah apapun yang terjadi, atau bakal terjadi, kita tak akan pernah kehilangan nilai kita di mata ALLAH. Bagi Nya, lusuh, kotor, tertekan, selalu ada saat untuk ampunan dan maaf. Kita tetap tak ternilai di sisi ALLAH.

Nilai dari dirikita, tidak timbul dari apa yang kita sandang atau dari apa yang kita dapat. Nilai diri kita akan dinilai dari seberapa jauh kita menghargai diri kita sendiri.

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan ALLAH. Jangan lupakan hal itu...

Wednesday, May 27, 2009

KU SANGKA



Manusia hari ini suka sangka-sangka 
Ada sangkaan baik... 
Ada sangkaan buruk... 

Orang beribadah disangka riak 
Orang yang relax disangka malas 


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 

Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sikit disangka diet 


Orang baik disangka buruk 
Orang buruk disangka baik 

Orang senyum disangka mengejek 
Orang masam disangka merajuk 


Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang diam disangka menyendiri 

Orang menawan disangka pakai susuk 
Orang nampak ceria disangka membela
 

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, 
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, 
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, 
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya 

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya 

Wallahua'lam...

(tok_ayoh)

Thursday, May 21, 2009

SaLam PeRjuanGan......


Assalamualaikum...


Salam taaruf buat sume senior blogger... tak ketinggalan jgk buat sahabat2 yg lain...
bru je mlm td create blog ni... emmm... hrp2 'hidup' la blog hamba ni...
Sokongan dan dorongan sahabat2 amat diperlukan...
Syukran jazilan.... :)